Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 12, 2014

[VIDEO PENUH] Muzakarah Kalimah Allah, Hujah Noh Omar Lebih KUKUH, Khalid Lebih Putar Belit

 



Panel muzakarah ialah Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam dan AJK PAS Pusat.

Moderator ialah Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah Undang-Undang UIA.

Anda dinasihatkan menonton video penuh daripada MobTV.my yang merupakan penganjur program tersebut dan jangan menonton video yang telah diedit dan dipotong-potong oleh cybertrooper Pembangkang demi mengelirukan umat Islam.

Mereka malu kerana Datuk Seri Noh Omar dapat memberi penjelasan yang tepat, bernas, pintar dan berdasarkan undang-undang, manakala Khalid Samad hanya berhujah dengan hujan basi yang telah diulang-ulang di blog-blog dan FB Pembangkang.


 


Monday, February 10, 2014

Tahniah! Umno dengan rasuah2... Ahli yang Tiada Kepentingan Semakin Bosan....

Setiausaha UMNO Johor sahkan Ketua Bahagian Bakri DIGANTUNG KEANGGOTAAN kerana POLITIK WANG 

Rasuah tetap ada dalam pemilihan UMNO..... Dah kata jangan guna politik wang seperti Anwar .. Guna juga... Apakah amalan politik wang yang diamalkan oleh Anwar semasa dalam UMNO berterusan kepada pak pandir UMNO... Tahniah! Umno dengan rasuah2... Ahli yang tiada kepentingan semakin bosan.... Betul juga kata pembangkang UMNO kuat RASUAH... Sape nak nafikan?

Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib
JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib digantung keanggotaannya kerana terbabit dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lalu.

Penggantungan keanggotaan Saipolbahri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.

"Ya," katanya kepada Bernama hari ini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila ditanya tentang kebenaran berita Ketua Bahagian UMNO Bakri itu digantung keanggotaaannya oleh Ibu pejabat Umno baru-baru ini.

Mohd Jais yang juga Exco kanan kerajaan negeri bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan terhadap Saipolbahri.

Adun Bukit Naning itu juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd Dom pada pemilihan lepas.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri, Ramlee Bohani pula ketika dihubungi hari ini turut enggan mengulas berkenaan isu penggantungan itu dan meminta supaya perkara itu dirujuk kepada Ibu pejabat UMNO.

Sementara itu sumber-sumber memberitahu Bernama, Saipolbahri bersama empat pemimpin UMNO Bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UMNO.

Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.

Sumber itu juga berkata satu perjumpaan telah diadakan antara pemimpin-pemimpin peringkat cawangan bertujuan mengutip tandatangan bagi menyokong rayuan yang akan dikemukakan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Mat Saad yang dihubungi pula berkata, mereka sedang dalam proses mengemukakan rayuan.

Tinjauan Bernama di pejabat UMNO Bahagian Bakri mendapati ia lengang, hanya seorang kerani yang sedang bertugas. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...