Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 16, 2016

Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din Meninggal Dunia. Alfatihah



Mursyidul Am PAS, yang juga pendakwah terkemuka Datuk Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menerusi aplikasi WhatsApp.
"Jam 10.10 pagi ini berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan mengampuni almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh.

"Maklumat lanjut akan menyusul kemudian daripada pihak keluarga almarhum Tuan Guru," katanya.
Perkara itu turut disahkan menerusi laman Facebook rasmi Allahyarham.

"Sesungguhnya Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga yang kekal abadi," jelas pengendalinya.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dihospital berkenaan selepas mengalami masalah jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Beliau dipilih sebagai Mursyidul Am PAS selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...